PEMBENTUKKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

    Pendidikan telah lama bertapak di negara kita iaitu sebelum kita merdeka lagi. Kebanyakkan pendidikan pada zaman sebelum merdeka tidak simetri dengan pendidikan di tempat lain. Pendidikan zaman kita mengalami perubahan dasar semasa zaman penjajahan British. Dasar yang di bawa oleh British tersebut adalah dasar pecah dan perintah. Dasar ini telah menyebabkan wujudnya sekolah yang mengikut kaum masing-masing iaitu sekolah melayu, sekolah cina, dan sekolah tamil. Sekolah inggeris hanya sekolah yang mempunyai pelbagai kaum di dalam itu tetapi sistem pendidikan tersebut tidak disukai oleh penduduk tempatan ketika itu. Sekolah ketika itu juga mempunyai sistem yang berbeza dari segi guru, buku, kurikulum, dan bahasa penghantar. Namun begitu, pendidikan di negara kita mengalami perubahan yang baharu apabila menghampiri kemerdekaan. Ketika itu, banyak kajian yang telah dilakukan sehingga terbit beberapa laporan tentang pendidikan seperti :

  1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;
  2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
  3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan
  4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. Selepas kemerdekaan, sistem pendidikan telah dibentuk bersesuaian dengan keperluan negara yang merdeka (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010)
    Tidak terhenti di situ sahaja, penyata Razak 1956 telah dijadikan asas dalam penggubalan ordinan pelajaran 1957. Matlamat ordinan tersebut adalah untuk membina negara yang bersatu menggunakan kurikulum yang sama serta berorientasikan negara kita. Laporan Rahman Talib 1960 juga telah berlaku beberapa perubahan yang menekankan sekolah vokasional dan teknik serta pendidikan agama islam dan moral.

    Peristiwa 13 mei telah menyebabkan desakan mewujudkan perpaduan dalam rakyat dengan tertubuhnya rukun negara yang menjadi dasar kepada sistem pendidikan pada tahun 1970. 1974 tertubuhnya rukun negara yang menjadi dasar kepada sistem pendidikan. Laporan 1979 merupakan laporan yang telah di naiktaraf pada aspek pembinaan keperibadian insan yang seimbang. Laporan ini telah dijadikan penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) 1989.

    Sistem pendidikan yang mantap tersebut telah melahirkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1987. Namun begitu terdapat penambahbaikan yang telah berlaku ke FPN pada tahun 1988 dan telah disemak sekali lagi pada tahun 1996 yang telah menyebabkan nama Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditukarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Ulasan