FALSAFAH PENDIDIKAN GURU SEBAGAI TERAS KEPADA PEMIKIRAN DAN AMALAN GURU DARI ASPEK PENGETAHUAN, KETERAMPILAN, SAHSIAH DAN ETIKA GURU

         Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan prinsip atau teras kepada Pendidikan di negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perlaksaan aktiviti atau pembelajaran dan pengajaran(PDP) di sekolah mahupun di institusi Pendidikan berlandaskan FPK. Para guru perlulah menghayati dan mengikuti kandungan FPK agar mereka dapat menjalankan tugas dengan prinsip yang betul. Terdapat beberapa aspek yang merangkumi pembentuk pemikiran dan amalan berlandaskan FPK.

Pengetahuan 

       Antara aspek tersebut ialah pengetahuan. Guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi untuk mengajar. Guru juga perlu sentiasa memperkembangkan pengetahuan yang sedia ada dan kemahiran yang dimiliki. Seorang guru yang bagus akan berusaha untuk mencari amalan, teknik pengajaran dan menggunakan idea, bahan dan kaedah untuk diaplikasi semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dari aspek pengetahuan, ia boleh membentuk nilai entelektual kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru. Hal ini dapat melahirkan seorang guru yang bersiap sedia dengan segala halangan yang mendatang kelak. Terdapat 7 kategori pengetahuan yang perlu dikuasai antaranya:

- 

     Keterampilan

            Seterusnya, dari aspek keterampilan mengajar (Teaching Skill) atau bahasa mudah ialah kemahiran.  Keterampilan mengajar harus dikuasai oleh setiap guru supaya dapat mereka dapat melaksanakan tugas mengajar secara efektif, efisyen dan profesional. Hal ini demikian untuk memastikan pengajaran yang dijalankan berkesan dan murid dapat memahami apa yang dipelajari. Dari aspek keterampilan, dapat menerapkan nilai jasmani dari segi pemikiran dan amalan guru. Sebagai contoh, seorang guru yang mahir dalam melaksanakan perbincangan dengan semua murid. Impaknya, pelajar dapat memahami setiap sukatan yang dipelajari manakala guru pula dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah dirancang dengan efektif. Terdapat beberapa keterampilan/kemahiran yang perlu dimiliki oleh individu bergelar pendidik antaranya:

 

        Sahsiah dan Etika

            Sahsiah merupakan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap guru. Guru seharusnya dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar sebelum membentuk sahsiah seseorang pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap tingkah laku guru menjadi teladan kepada murid-murid. Sebagai contoh, setiap perlakuan guru perlu dilakukan secara bijaksana, mempamerkan kematangan, pekerti mulia dan menunjukkan sikap saling bantu-membantu sesama guru-guru yang lain serta berkomunikasi dan mewujudkan hubungan yang baik dengan semua kakitangan di sekolah. Menurut Prof. Mohd Kamal Hasan (1998), “contoh teladan guru inilah yang banyak membantu dalam pembentukan akhlak pelajar. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak yang mulia, walaupun ada segelintir masyarakat yang kurang menghargai watak berbudi luhur ini.”

Etika seorang guru bermaksud aspek yang berkaitan tingkah laku yang diterima dan dipersetujui oleh masyarakat. Ia meliputi aspek-aspek moral yang perlu diikuti oleh guru-guru bertujuan untuk memberi garis panduan kepada guru. Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah “Tatasusila Profesion Keguruan”. Etika tersebut menjadi teras atau panduan kepada semua ahli perguruan. Seseorang yang melanggar etika tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman yang sepatutnya. Oleh itu, semua ahli perguruan harus mematuhi dan mengamalkan etika yang telah ditetapkan oleh KPM dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan. Hal ini boleh membentuk sahsiah yang baik, bukan sahaja kepada guru malahan kepada pelajar kerana pelajar akan menjadikan guru sebagai ‘role model’ mereka.

Natijahnya, FPG perlu difahami dan dihayati oleh setiap warga pendidik supaya elemen-elemen yang diperlukan oleh seorang pelajar dapat diterapkan dengan lebih berkesan. Perkara ini perlu ditekankan supaya hasilnya selaras dengan matlamat FPK sekaligus dapat melahirkan insan-insan yang cemerlang di masa hadapan. FPK juga telah menggariskan panduan penting supaya guru-guru dapat melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan profesional.


DISEDIAKAN OLEH: 

NUR FATIHAH BINTI HANAPIAH

(D20201092339)



Ulasan