PENGHARGAAN

  

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan berkumpulan bagi kod subjek (KPF 3012) ini dengan jayanya.

 

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih dan kata penghargaan kepada Encik Zaini bin Abdullah, selaku pensyarah kod subjek ini kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

 

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami Encik Zaini bin Abdullah atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan.

 

Selain itu, kami turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan blog ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dan juga rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak memberi kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.


Akhir kalam, segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih


Ulasan