Catatan

PENGHARGAAN

Imej
   Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan berkumpulan bagi kod subjek (KPF 3012) ini dengan jayanya.   Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih dan kata penghargaan kepada Encik Zaini bin Abdullah, selaku pensyarah kod subjek ini kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.   Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami Encik Zaini bin Abdullah atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan.   Selain itu, kami turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan blog ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dan juga rakan-rakan seper...

BIODATA AHLI KUMPULAN ( KUMPULAN 5 )

Imej
  NAMA: WAN MUHAMMAD SYAFIQ IQBAL BIN WAN OTHAMAN NOMBOR MATRIK: D20201092342 KURSUS: ISM KEJURUTERAAN PERISIAN (PENDIDIKAN) NAMA: MUHAMMD FAZYRUL BIN FAIZALIZAL NOMBOR MATRIK: D20201092334 KURSUS: ISM KEJURUTERAAN PERISIAN (PENDIDIKAN) NAMA: NUR FATIHAH BINTI HANAPIAH NOMBOR MATRIK: D20201092339 KURSUS: ISM KEJURUTERAAN PERISIAN (PENDIDIKAN) NAMA: DANG AQIELA BINTI ZABIDI NOMBOR MATRIK: D20201092343 KURSUS: ISM KEJURUTERAAN PERISIAN (PENDIDIKAN)

ANALISIS KRITERIA KERJAYA GURU SEBAGAI PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM.

Menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ merujuk kepada pekerjaan yang mana mengutamakan pendidikan yang tinggi dan mempunyai latihan yang khusus atau khas sebagai contoh dalam konteks pendidikan ialah pekerjaan sebagai seorang pendidik ataupun guru. Profesion juga melibatkan pekerjaan yang berbayar atau mempunyai upah, terutamanya pekerjaan yang memerlukan latihan yang lama dan kelayakan formal. Menurut Lieberman (1956), ciri-ciri yang memenuhi kepentingan profesion adalah kepentingan intelek, kecukupan latihan ikhtisas, khidmat yang dapat membantu masyarakat, mementingkan kualiti perkhidmatan, memiliki kod etika dan organisasi sendiri untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan profesion.           Profesion perguruan, merupakan antara profesion yang tertua di dunia. Peranan seorang guru adalah amat penting disebabkan oleh peredaran masa yang semakin moden. Guru bukan sahaja berperanan untuk menyampaikan ilmu sahaja tetapi kini mereka juga ber...

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU SEBAGAI TERAS KEPADA PEMIKIRAN DAN AMALAN GURU DARI ASPEK PENGETAHUAN, KETERAMPILAN, SAHSIAH DAN ETIKA GURU

Imej
           Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan prinsip atau teras kepada Pendidikan di negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perlaksaan aktiviti atau pembelajaran dan pengajaran(PDP) di sekolah mahupun di institusi Pendidikan berlandaskan FPK. Para guru perlulah menghayati dan mengikuti kandungan FPK agar mereka dapat menjalankan tugas dengan prinsip yang betul. Terdapat beberapa aspek yang merangkumi pembentuk pemikiran dan amalan berlandaskan FPK. Pengetahuan           Antara aspek tersebut ialah pengetahuan. Guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi untuk mengajar. Guru juga perlu sentiasa memperkembangkan pengetahuan yang sedia ada dan kemahiran yang dimiliki. Seorang guru yang bagus akan berusaha untuk mencari amalan, teknik pengajaran dan menggunakan idea, bahan dan kaedah untuk diaplikasi semasa pengaj...

ANALISIS KOMPONEN STANDARD GURU MALAYSIA KE ARAH MELAHIRKAN GURU MALAYSIA YANG BERTARAF DUNIA

Imej
       Peranan  sebagai  guru  masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan   peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar,   malah   bertanggungjawab untuk membentuk minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan pelaja r . Guru juga  merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal,   kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan   perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.      Standard Guru Malaysia (SGM) yang menggariskan kompetensi professional  adalah patut dicapai oleh guru . K eperluan yang   disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan  adalah   untuk  membantu guru  bagi  guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujuk...

PERKARA TERSURAT DAN TERSIRAT FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Perkara yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Guru Tersurat adalah perkara yang telah ternyata dalam falsafah Memperkembangkan potensi individu Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,  rohani, emosi, jasmani Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi  berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Melahirkan warganegara  Malaysia yang berilmu pengetahuan Melahirkan warganegara  Malaysia yang  berketerampilan Melahirkan warganegara  Malaysia yang  berakhlak mulia Melahirkan warganegara  Malaysia yang  bertanggungjawab Melahirkan warganegara  Malaysia yang  berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Melahirkan warganegara  Malaysia yang  serta memberi sumbangan terhadap keharmonian Melahirkan warganegara  Malaysia yang  kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Tersirat adalah perkara yang...

PEMBENTUKKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

     Pendidikan telah lama bertapak di negara kita iaitu sebelum kita merdeka lagi. Kebanyakkan pendidikan pada zaman sebelum merdeka tidak simetri dengan pendidikan di tempat lain. Pendidikan zaman kita mengalami perubahan dasar semasa zaman penjajahan British. Dasar yang di bawa oleh British tersebut adalah dasar pecah dan perintah. Dasar ini telah menyebabkan wujudnya sekolah yang mengikut kaum masing-masing iaitu sekolah melayu, sekolah cina, dan sekolah tamil. Sekolah inggeris hanya sekolah yang mempunyai pelbagai kaum di dalam itu tetapi sistem pendidikan tersebut tidak disukai oleh penduduk tempatan ketika itu. Sekolah ketika itu juga mempunyai sistem yang berbeza dari segi guru, buku, kurikulum, dan bahasa penghantar. Namun begitu, pendidikan di negara kita mengalami perubahan yang baharu apabila menghampiri kemerdekaan. Ketika itu, banyak kajian yang telah dilakukan sehingga terbit beberapa laporan tentang pendidikan seperti : Laporan Barnes (1951) – menyemak dan...